Friday, March 28, 2014

Angkara Fitnah, Artis Terkenal China, Zhang Zi Yi turut Menyalahkan Kerajaan Malaysia


Berikut adalah sebahagian petikan sidang media yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia , DS Najib Razak mengenai kehilangan pesawat MH370 dalam menuju destinasi ke Beijing.

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

Dari petikan di atas, jelas sekali Najib hanya menyampaikan maklumat yang beliau peroleh dari analisis Inmarsat dan AAIB yang menyatakan lokasi terakhir berdasarkan data yang di analisa, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi . Beliau hanya menyampaikan maklumat kepada umum yang menuduh kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta . Bagi maklumat salah , tak bagi pun salah.

Media-media tempatan dan barat pula memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ini dengan tidak menggunakan frasa asal iaitu penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi dalam laporan yang dikeluarkan menyatakan MH370 terhempas.


Laporan-laporan sebegini telah mengundang kemarahan ramai pihak terutama waris2 penumpang MH370. Kini dengan kenyataan Najib yang diputarbelitkan itu, kemarahan orang ramai terutama dari rakyat negara China semakin menular . Mereka berpendapat kerajaan Malaysia menyembunyikan siasatan-siasatan yang diperoleh.  Penulis yakin laporan media yang sengaja diputarbelit telah menimbulkan keadaan ini. Antara beberapa komen yang sempat penulis baca dalam beberapa laporan media antarabangsa ialah kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mengumumkan pesawat MH370 terhempas dan kesemua penumpang mati sehingga ada bukti cebisan2 pesawat ditemui. 

Beberapa artis terkenal dari negara China termasuk Zhang Zi Yi turut memberikan respon yang serupa dan mengutuk pengumuman kerajaan Malaysia itu . Zhan Zi Yi dalam laman Weibo (twitter versi China) berkata

 "Malaysian government, you are wrong not to take the due responsibility for the international community. You are wrong not to revere life. You are wrong not to respect the universal quest for truth,"

Penulis berasa pelik sekali dengan sikap yang ditunjukkan oleh golongan sebegini . Mereka kata kan kerajaan Malaysia kononnya menyembunyikan kebenaran mengenai kehilangan pesawat MH370 , tetapi apabila PM membuat pengumuman mengenai perkembangan terbaru bahawa dari maklumat yang diterima dari pakar yang pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi mereka tanpa berfikir berterusan menghentam kerajaan Malaysia dek kerana sentimen media yang mengubah perkataan hilang/berakhir itu kepada terhempas .

Sikap yang ditunjukkan dilihat tidak adil kepada kerajaan Malaysia . Media-media barat terutamanya dilihat dengan sedaya upaya cuba memutar belitkan cerita untuk memberikan imej yang negatif kepada kerajaan Malaysia . Dalam keadaan yang mencabar ini , apa yang paling diharapkan ialah supaya seluruh rakyat daripada pelbagai latar belakang bersama-sama menyokong kerajaan Malaysia. Kita tahu ada di antara rakyat negara ini sendiri mengambil peluang untuk menjadi batu api dalam memburuk-burukkan imej kerajaan di mata dunia melalui laman media sosial . Mereka ini adalah Red Bean Army yang menjadi batu api bagi menimbulkan kebencian dunia kepada Malaysia. Red Bean Army adalah pengkhianat negara dan patut dihukum sekeras-kerasnya ! Itu adalah harga yang wajib dibayar bagi pengkhianat negara.

1 comments:

  1. Kenapa Kerajaan Malaysia disalahkan?
    ... kerana Kerajaan Malaysia yang terima semua maklumat, data, andaian dan teori, dll.
    ... kerana Kerajaan Malaysia yang kendalikan semua aspek pencarian dan penyiasatan kes MH370.
    ... kerana Kerajaan Malaysia yang keluarkan segala kenyataan rasmi...
    ... kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah beri penjelasan yang munasabah bila apa percanggahan fakta dalam kenyataan2nya
    ... kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah mengulas dan/atau menepis apa2 andaian, pendapat, spekulasi dan pendapat bodoh atau salah.

    KERAJAAN MALAYSIA adalah organisasi besar yang sepatutnya tiada masalah dalam mengendalikan semua urusan yang berkait dengan tragedi MH370.
    KERAJAAN MALAYSIA mempunyai Perdana Menteri dan ramai Menteri2 yang bijak dan bijaksana untuk membantu.

    Tetapi sayang, KERAJAAN MALAYSIA tidak punyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penerbangan, kelautan dan lain2 ilmu teknikal yang berkaitan dengan pencarian pesawat MH370.
    KERAJAAN MALAYSIA juga tandus dengan pakar2 dalam bidang komunikasi massa dan pengurusan krisis. Kelemahan dalam dua bidang ini yang menimbulkan kesangsian dunia.

    Dan paling malang sekali ialah KERAJAAN MALAYSIA mempunyai barisan parti politik pembangkang yang layak didefinasikan sebagai 'Musuh Negara'.

    ReplyDelete