Wednesday, August 21, 2013

Sticker Polis Boleh Jadi Ancaman Pada Diri

Salam dan selamat malam, terlebih dahulu WA nak ucapkan syabas dan tahniah pada pihak PDRM, satu demi satu kes yang melibatkan jenayah gengster dan tembak menembak telah dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Walaupun WA tahu, ada yang berasa kurang senang dengan pencapaian PDRM, kerana selama ini mereka melabelkan polis Malaysia sebagai lembab, tak reti buat kerja dan lain-lain. Bagi WA.. tak ada kesan pun perkara itu.


Tak perlulah ahli politik yang bukan dalam bidang kepolisan nak tunjuk pandai dan nak mengajar polis untuk buat kerja mereka dalam menjaga keamanan Malaysia.

Pokok pangkalnya... pihak polis sendiri telah menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan pihak polis lembab dan kerap berdiam diri apabila muncul satu-satu kes jenayah.

Terkini yang WA baca di blog the Unspinners.

Dengar khabarnya gengster 04 yang dikenali sebagai "KONG SI" di Utara tanahair mahu melancarkan perang ke atas polis.



Ada maklumat diperolehi mengatakan geng 04 yang anggotanya kebanyakan dari ahlinya datang dari kaum India sedang merancang untuk menyerang balas pegawai dan anggota-anggota polis.

Mereka akan cari pegawai dan anggota yang bersendirian dan terpencil untuk diserang atau tidak menolak kemungkinan membunuh anggota-anggota polis.

Ekoran kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka, mereka mahu berdendam.



Amat perlu diketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, Balai Polis, tempat-tempat bertugas dan kediaman pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang.

Tingkatkan juga keselamatan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja serta diluar waktu kerja.

Eloklah mana mana pegawai dan anggota polis yang ada meletakkan sticker polis pada cermin kereta, mereka ditanggalkan sebagai mengelakkan tindakbalas dari ahli ahli keluarga geng berkenaan.

Ahli keluarga pun boleh berhadapan dengan risiko dengan adanya sticker sedemikian.

Waris : Ada orang ingat dengan sticker polis pada cermin kereta, dia boleh elak disaman... jangan ingat dia boleh lepas dari bahaya dengan adanya sticker berkenaan. Bimbang jadi sasaran.


No comments:

Post a Comment