Blogger Widgets

AMP 24/7

Blog Surat Khabar "Paperwaris" ini dimiliki oleh Waris Amp. Powered by Blogger.

Terbaru

RANGKAIAN

Rujukan Entri

Suara Generasi Baru

Ruangan Iklan - SMS "IKLAN" 019-352 9063 (Habib)

  • Dapatkan Berita Terkini, Dalam & Luar Negara di Perak Today Sekarang
  • Sensasi Terkini Dari Pantai Timur dan Malaysia
  • Lawati SNB.MY Untuk Peluang Perniagaan
  • Rakan Fotografi Anda Dengan Harga Berpatutan
  • SMS IKLAN dan hantarkan ke 019 - 352 9063 untuk keterangan lanjut
Monday, June 27, 2011

HIMPUNAN BERSIH ADA AGENDA KOMUNIS PENJAJAH

Polis mengesan gerakan terancang
pihak tertentu didakwa cuba meng-
hidupkan semula fahaman komunis
bagi tujuan menjatuhkan kerajaan
melalui perhimpunan anak haram
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan
Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. Polis
telah menemukan risalah yang
mengagungkan Chin Ping, Rashid
Maidin dan Suriani Abdullah. Tiga
nama itu adalah pemimpin PKM
yang diharamkan.

Pihak polis telah menahan 30 orang
aktivitis parti sosialis malaysia, di
Pulau Pinang di bawah seksyen 122 kanun keseksaan kerana
memerangi Yang Dipertuan Agong. Pada ketika dulu, pihak
komunis telah menggunakan taktik merampas kuasa secara beri
tekanan kepada kerajaan dengan membuat huru hara di pusat
bandar dalam mewujudkan suasana rakyat takut untuk masuk
bandar dikenali sebagai "HARTAL". Daulat Tuanku. Haramkan
Pengkhianat Negara!
Wednesday, June 22, 2011

LINA JOY BERHAK DIMURTAD AMBIGA???

Nampaknya PAS semakin terjebak dengan gejala Murtad bersama seorang pejuang Lina Joy bernama Ambiga. PAS semakin membuka ruang Islam sehingga sanggup bekerjasama dengan individu seperti Ambiga. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ambiga merupakan seorang Peguam yang akan memperjuangkan 'nasib' individu yang berniat untuk keluar dari Islam dan menyertai Agama Kristian. Adakah PAS tahu akan perkara ini? Bohong jika tidak tahu. Akan tetapi kuasa mengatasi segala2 nya. Dendam terhadap UMNO mengatasi segala2 nya. Adakah PAS sanggup meninggalkan Dasar Propaganda Islam demi kuasa. Sudah nama pun propaganda. Maka ianya sememangnya tidak akan dilaksanakan. Apatah lagi Hukum Hudud yang kini semakin jauh menyimpang. Tiada lagi Hukum Hudud. Tiada lagi Islam. PAS menuju kuasa. - via GELOMBANG RAKYAT

12 ADUN DAP KURANG AJAQ ENGGAN PATUH ISTIADAT

Kehadiran 12 wakil rakyat DAP yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17 disifatkan sebagai 'kurang manis' kerana tidak menghormati majlis.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok,Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata,tindak- tanduk wakil rakyat DAP itu bukan perkara baru kerana mereka pernah melakukan perbuatan yang sama pada sidang DUN terdahulu.

"Meskipun tidak diwajibkan, mematuhi etika pemakaian pada upacara berkenaan secara zahirnya menunjukkan seseorang itu menghormati negeri, ketuanya serta DUN itu sendiri.Pemakaian songkok pula bukan simbol agama,masyarakat di India pun pakai songkok walaupun mereka bukan muslim.Songkok hanya melengkapkan pakaian seragam," katanya selepas menghadiri upacara berkenaan di Dataran Kompleks DUN Baru di Petra Jaya.

UTUSAN melaporkan Pengerusi DAP negeri yang juga ADUN Bukit Assek,Wong Ho Leng Juga mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia menafikan kebebasan beragama di samping membazir wang rakyat.Mengulas lanjut,Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri berkata,tindakan ADUN daripada PKR yang berpakaian rasmi pada upacara tersebut wajar dipuji kerana tidak terpengaruh dengan rakan pembangkang yang lain.

"Kita boleh katakan mereka ini sebagai pembangkang yang setia. Saya tak kata yang lain tidak setia, cuma mereka secara zahirnya tidak menghormati budaya di Dewan ini," katanya.

Sementara itu,Speaker DUN,Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata,pemakaian seragam rasmi pada upacara pembukaan bukanlah satu kemestian kepada setiap wakil rakyat.

"Kita tak paksa, kalau mereka nak pakai, kita sediakan, kalau enggan, kita tak sediakan. Cuma kalau pakai sut hitam, nampak janggal lebih-lebih lagi kalau mereka ingin gantung pingat kebesaran.Mengenai songkok, pendapat yang mengaitkannya dengan keagamaan adalah salah sama sekali. Songkok tiada kena-mengena dengan agama," katanya.

Komen???

Sorrylah readers, WA dah letakkan ruangan FB comment di blog WA untuk memudahkan rakan-rakan WA dari kalangan Facebookers. Komen menggunakan ID Google perlu dimoderasi. Jika ada yang perlu berhubung dengan WA, sila email ke info@finestfina.com.

Followers

AKHBAR RASMI

Metro beritaharian NSTutusan

Classified

SELAMAT DATANG KE BLOGPORT PAPERWARIS,

Otai's Corner

Otai's Corner